GSHBBBanner

 

Date Created: 10/22/2010

Last Updated:

Q1: bridge question.(floyd rose) according to u, bila kita tukar tuning ke alternate tuning, we have to readjust the springs. adakah bermakna kalau kita tak adjust springs kat belakang body guitar, bridge akan jadi tak parallel atau terjongket ke?

Q2: gauge tali cmna lak...tol ke flyod rose xleh pkai 0.10...ibanez sy ada prob bila tuka 0.10. ska lri tune. tremolo terangkat

A: Hmm, aku ni nak kate terer main gitar takde la. But you guys asked the right person. Why? Sebab mase kat university dulu aku tutor subjek Physics, and Statics. And aku jugak ajar kelas 3D Modelling untuk freshmen Aerospace Engineering. :D And I feel like being nerdy and super nice tonight. Here we go.

Well, memang kita kena buat kasi bridge tu parallel dengan body gitar tu. That way we can ensure that cukup ruang untuk tarik dan tekan tremolo bar ni. Lagi satu intonation tak kacau sangat. Height tali pon ok. It's pretty much what it should be.

Okeh, sape kat sini yg ade background physics sket will have no problem understanding this. Sape yg tak penah langsung belajar physics, don't worry. I'll make it as straightforward as possible. So, meh approach benda ni from physics standpoint, since that's the law of nature, and that'll make the most sense.

Meh kite tengok macam mana rupa locking (floating, Floyd Rose style) tremolo ni. Kalau ko belah gitar ko jadi setengah, this is what you'll see (click gambar untuk besarkan).

(Model yg ni aku tak buat sendiri, download jek and then buat sectional view)

Yg screw warna biru dalam gambar kat atas tu, yang dekat dengan tremolo bar tu is the Anchor Post. Gitar korang mesti ade dua screw tu, on each side of the trem. Salah satu fungsi dia ialah sebagai pivot point tremolo tu. Cuba ko tekan tremolo ko, the anchor posts are the only parts that won't move.

Screw warna biru kat bawah tu pulak lah screw spring yg aku sebut tu. Depending on the design of your guitar, maybe ko kena bukak cover kat bawah gitar ko baru nampak. You should have at least two screws like that.

Yg gambar bawah ni pulak tremolo system dengan nut dengan tali skali (click gambar untuk besarkan).

Aku harap korang boleh agak la macam mana tremolo ni berfungsi. Kalau tekan ape jadi, kalau tarik ape jadi.

Now let's move on to answering the questions. Meh aku try explain sket concept physics dia. Untuk kasi explanation ni mudah difahami, aku simplify kan sket diagram tremolo ni. Because kalau tak nanti aku kena go too deep into it, masuk bab "rotation and moment" kang ramai tak faham. This way we just deal with "translation and force".

 

Gambar kat atas ni menunjukikan 3 position bridge tu (click gambar untuk besarkan), at rest (bukan time korang tekan atau tarik tremolo bar). Kotak kaler putih kat tengah tu kononnya bridge lah.

FT ni menunjukkan daya (force) yang bertindak ke atas bridge tu, yang disebabkan oleh ketegangan (tension) keenam-enam tali gitar ni bile in tune.

FS ni pulak ialah daya spring tu yg bertindak ke atas bridge tu. L pulak panjang spring tu. FS ngan L ni kaitan dia dalam fizik dipanggil Hooke's Law. Don't worry about it, just ingat yg spring ni lagi kita stretch lagi tinggi daya dia untuk kembali ke panjang yg minimum.

Macam yg aku cakap, gambar kat atas ni sume in rest position. For the bridge to be in static equilibrium, the sum of all forces acting on it must be zero. Heh heh, ayat tu memang quite technical la. Maksud dia, apabila bridge tu dalam keadaan rehat, semua daya yg bertindak ke atasnya mesti cancel each other sampai kosong. So dalam rajah pertama, FT_1 dengan FT_2 mesti sama banyak, supaya dia boleh cancel each other since arah dia bertentangan. So FT_2 pon mesti sama dengan FS_2 dalam rajah kedua dan ketiga.

Rajah 1

Tengok gambar yg pertama. Katakanlah yg tu position yg betul. Katakanlah gitar ni tuning biasa EADGBE, set tali gauge 10. Daya FT_1 ni maknanya total tension keenam-enam tali dia (about 61kg force). So, FS_1 pon mesti sama nilai dia. Untuk dapatkan value FS_1, katakanlah spring ni mesti panjang dia L_1.

Rajah 2

Now, katakanlah ko nak pakai set tali yg sama, but nak buat Drop-D tuning. Maknanya Low E string tu di tune whole step down, to Low D. Hukum fizik kata kalau tali tu sama tebal dia, untuk rendahkan frequency (pitch), kita kena longgarkan dia. I'm sure you all know that. So bila tuning DADGBE, apa akan jadi pada jumlah tension semua tali tu? First string sampai fifth string tension stay sama macam standard tuning. 6th string pulak jadi rendah. So, total tension akan jadi lagi rendah (about 58kg force). So, untuk kasi balance (to stay in static equilibrium), force dalam spring tu mesti sama nilai dia dengan total tension tali tu, maknanya lagi rendah dari sebelum ni. Spring ni akan cuba rendahkan tension dia dengan mengurangkan panjang dia.

Tengok rajah 2 ni. Tu yg berlaku bile ko buat Drop-D ke, atau tetiba tune down lebih dari satu tali. FT_2 lagi rendah dari FT_1. Maka FS_2 lagi rendah dari FS_1. Maka secara automatik panjang spring akan jagi lagi pendek, dari L_1 ke L_2.

Atau kalau tak tune down pon, katakan lah ko nak stay standard tuning, tapi nak tukar gauge kepada gauge yg lagi rendah. Katakan nak tuka dari set gauge 10 ke gauge 8. Hukum fizik mengatakan kalau nak tukar kepada tali yang lebih halus, tapi nak frequency yg sama, tension kena lagi rendah (about 37kg force for gauge 8). So, tukar ke gauge yg lagi rendah akan menyebabkan total tension tali tu jadi lagi rendah. The same thing will happen to the spring and the bridge macam senario tune down tadi.

So, dalam gambar ni, bridge ni position dia dah tak betul. Macam mana nak fix?

Rajah 3

Dalam rajah ni, screw spring tu jadi panjang. Maknanya dilonggarkan la. Setting ni boleh dapatkan tension tali, tension spring ngan panjang spring macam rajah 2, tapi position bridge betul macam rajah 1.

So there you go. Kalau nak tune down, atau nak tukar ke gauge yg lagi halus, kena longgar kan sikit screw tu (turn counter clockwise I think). Kalau nak tune up, atau nak tukar ke gauge yg lagi tebal, kena ketatkan screw tu (turn clockwise). Well, aku boleh jek jawap ayat yg bold tu jek. But I believe in making people understand a little bit why they should do it.

And the process of adjusting the screws is a trial and error la. Don't go more than a quarter turn each time maybe. Adjust screw, pastu tune balik gitar tu. And tengok kat mana akhirnya position bridge tu yg stable. Kalo install string baru, stretch tali tu cukup-cukup (do it a few times sampai stable tuning dia). Kalo tak buang masa jek.

And I'm sure Floyd Rose boleh jek pakai gauge 10, if you set it up properly.

 

 

 

The following is for people with university-level physics background and above only:

In an actual tremolo, the rotational static equilibrium is actually maintained by the sum of moments about the anchor posts.

 

Aku Punye ®