GSHBBBanner

 

Date Created: 1/18/2011

Last Updated:

Basic

Sebelum aku ajar benda-benda yang lagi complex, kita kena belajar dulu pasal one of the building blocks of music: notes. Now, this lesson may be a bit boring, macam belajar ABC. But kalo tak kenal huruf, toksah berangan nak baca kitab, right? This is very basic, and I'm sure ramai yang malas nak belajar benda ni. But please learn it. It's really important. Aku akan cuba buat as simple as possible.

Pertama sekali, korang kena tau yang dalam skala muzik (muzik style barat) ade 7 huruf sahaja yang digunakan untuk menamakan pitch-pitch. A, B, C, D, E, F, G. Simple enough, remember that takde huruf H, I, J.... Kalau susah nak ingat, ingat nama band "Def Gab C". So, huruf-huruf ni la yang dipanggil note, sebagai cara untuk kita label pitch (kelangsingan bunyi).

Anyway, kalau korang main gitar, sure korang nampak lebih dari 7 notes. Kalau penah tengok piano, mesti nampak lebih dari 7 keys. Betul tak? Now cuba tengok sebahagian dari piano keys kat bawah ni. Walaupon korang tak berminat nak main piano atau keyboard, just follow this. This is I think the easiest way to visualize pasal notes and other stuff related to it.

Kalau tengok piano keys kat atas ni, apa first pattern yang korang nampak? Perasan tak black keys dia, ada dua, pastu tiga, pastu dua balik, pastu tiga balik, and so on? Key putih pertama dalam gambar kat atas tu note C, key putih kedua note D and so on. (Sebelah kiri dua black keys = note C). Now, cuba kita asingkan pattern tu macam kat bawah ni.

So, korang boleh nampak yang antara note C dan note D, antara note D dan E, antara note F dan G, antara note G dan A, antara note A dan B, semuanya ade black key. Tapi antara note E dan F, takde. Antara note B dan C pon takde. What's going on? Jom kita tengok note-note tu dalam gitar kat 5th string (tak hafal lokasi note-note tu pon takpe buat masa ni).

Kat gitar pon sama. Antara note C dan D, D dan E, F dan G, G dan A, A dan B, semuanya ada satu fret yang takde label. Sebenarnya, antara C dan D, fret keempat tu, terdapat note C Sharp (C♯ atau C#). Note tu juga dipanggil D Flat (D♭ atau Db). C# ialah Enharmonic Equivalent of Db. Enharmonic Equivalent ni maksud dia bunyi (pitch) sama, nama jek lain. Walaupon note tu bunyi (pitch) dia sama, tak bermakna kita boleh suka hati jek nak panggil dia C# atau Db. Nanti lain hari aku kasi tau kenape. But for the time being, takpa kalau nak panggil dia C# ke, Db ke.

Sharp ni maksud dia ialah satu half step atas note yang disharpkan tu. Dalam gitar, half-step tu jarak dia satu fret. Whole step pulak jarak dia dua fret.

Flat pulak maksud dia ialah satu half-step bawah note yang diflatkan.

Tanda Sharp dan Flat juga dipanggil Accidentals. (Bukan bermaksud kesilapan, macam "eksiden").

So, kalau aku sebut note G# dalam 5th string, jawapan dia fret ke berapa? 11? Betul. Antara note G dan note A.

Kalau note Bb pulak kat mana? Kalau jawapan ko fret ke 13, betul.

So, hopefully by now korang dah paham ape itu sharp, ape itu flat. Sometimes sharp dan flat ni musicians gunakan bila cakap pasal tuning. Kalau orang tu kata "tali E ko ni tak tune, sharp sangat bunyi dia". Apa yang dimaksudkan bukanlah tali ko tu sampai half-step above the correct pitch, maksud dia cuma tuning tu tinggi dari tuning yang betul, walaupon sikit. So, jangan confuse the usage of the term sharp and flat.

Berbalik kepada gambar key piano tu tadi, korang dah boleh agak dah kan ape black keys tu? Kalau black key tu terletak antara note C dan note D, maknanya itu note C# atau Db. So, kenapa takde black key antara note E dan F, dan antara note B dan C? That's just how it is. Dalam western music memang camtu. Tapi, adakah itu bermakna E#, Fb, B# dan Cb tak wujud? Tidak. E# ialah nama lain bagi note F (enharmonic equivalent). Fb pulak nama lain bagi note E. Same goes with B# and Cb. (Cuba tengok gambar piano keys kat section Advanced Reading kat bawah). Macam yang aku sebut kat atas, ini tak bermakna ko boleh sentiasa refer to note B as Cb just to be fancy. No, nanti belajar pasal key ko akan tau bile Cb digunakan instead of B for example.

Ok, sekarang aku nak tunjuk semua note yang ade dekat 5th string (A string), but lepas fret 15 aku tak tulis note yang ade sharp atau flat, sebab leceh. Again, tak hafal dulu lokasi kesemua note kat bawah ni pon takpe buat masa ni. Asalkan korang tau pattern jarak antara dua note bersebelahan. Maksud aku, ko mesti tau yang B dan C, E dan F jarak dia satu fret jek (half-step). Yang lain whole step. Kalau yang tu ko tau, pastu ko tau note C kat mana contohnya, note-note lain at least korang boleh kira dari situ.

So, open string note A. Pastu selang satu fret note B, next fret note C and so on. Cycle dia sama jek dengan piano, cuma dalam piano jelas sket pattern dia sebab ada black and white keys.

Anyway, dalam gambar ni boleh nampak, yang open string A, pastu fret ke 12 pon A gak, fret ke 24 pon A jugak. Fret ke dua tu B, fret ke 14 pon B jugak. Setiap note A adalah dari keluarga yang sama. Setiap note B pon camtu, and so on. Sebab note-note tu dikategorikan dalam "keluarga" yang sama ade aku explain sket dekat "advanced reading" section kat bawah.

Note A yang dekat fret 12 tu ialah satu Octave lebih tinggi dari open string A. Note A yang dekat fret 24 pulak satu octave lebih tinggi dari yang kat fret 12, dan dua octave lagi tinggi dari open A. Note lain pon camtu gak. Contohnya note D yang fret 5 satu octave lebih rendah dari yang kat fret 17. Jarak satu octave ialah 12 half-steps (12 fret kat gitar).

 

So, hopefully by now korang dah paham sket pasal note dalam muzik. Kalau tak tau bab ni susah sket nak paham bab scale, key, chords yang aku akan ajar nanti etc.

 

Advanced Reading

Section ni optional. Kalau belum paham semua yang aku tulis kat atas, baik baca semuanya dulu. Section ni pada aku tak terlalu penting sangat untuk pemain gitar, but useful to know. But dalam section ni, you may not necessarily understand everything yet, and it's ok. Yang penting kat atas tu paham dulu. There are things yang dalam section ni mungkin dah belajar topik lain baru paham.

 

Note Punya Family

Aku nak start dengan yang senang dulu. Kalau nak tau kenapa semua note A, tak kira octave, semuanya dalam keluarga yang sama, let's look at it from physics point of view. Bila kita main open string A contohnya, frekuensi dia 110Hz. Kat tali yang sama fret ke 12, frekuensi dia 220Hz. Fret ke 24 pulak 440Hz. The next A in existance would be 880Hz. Nampak tak mathematical pattern dia? Family note lain pon pattern dia sama, but frequency jek lain.

 

Lagi Pasal Accidentals

Dalam muzik, accidental bukan sekadar sharp dengan flat jek. Ade jugak double-sharp ( atau x) dan double-flat ( atau bb). Double-sharp ni macam sharpkan dua kali, maknanya whole-step higher. Double-flat pulak whole-step lower. So, apakah enharmonic equivalent note C double-sharp (Cx)? Jawapan dia D (or E double flat). Apakah enharmonic equivalent of note C double-flat? Jawapan dia note A# dan Bb. Sebenarnya, setiap note kecuali G#/Ab ade tiga nama. Tengok gambar kat bawah ni, setiap pitch aku letak kesemua nama dia.

Pening tak? Don't worry about it. As long as ko faham ape itu double-sharp and double-flat pon cukup. Tak yah hafal kesemua nama setiap pitch pon takpe. Jarang actually aku nampak double sharp ke double flat dalam score lagu pop rock. In fact, GuitarPro sampai version 5 belum recognize simbol-simbol tu lagi. B# dengan Cb pon tak recognized. GP6 baru boleh.

So, bila kita pakai benda double ni? Aku ade dua example. Apakah note ketujuh dalam scale G# harmonic minor? Jawapan dia bukan G, tapi Fx. Tak tau kenapa takpe, nanti aku ajar pasal scale baru ko akan paham.

Lagi satu contoh, apakah note-note dalam chord Gb minor seventh? Sesetengah reference akan cakap Gb + A + Db + E. Technically, walaupon bunyi dia betul, nama note tu salah. Jawapan dia ialah Gb + Bbb + Db + Fb sebab formula dia root + flat 3rd + 5th + flat 7th. Tak tau takpe. Nanti aku ajar pasal interval dan chord formula baru jelas sket.

 

Membaca Note Dalam Standard Notation

Well, unless ko berminat nak main Jazz atau Classical music (maybe sessionist kena reti gak kot), pada aku takde la wajib reti baca note dalam Standard Notation. Standard notation ni yang orang panggil "taugeh" tu. Another good reason to know how to read it is that it's easier for you to analyze a song. Contohnya, kalau nampak accidental, quickly you can find out if the key modulates to something else.

I can read it (sight read, tak tengok TAB), and I don't think it hurts to know how to read it. I'm not fast at at reading the standard notation for the guitar, but I'm ok.

But kepada sesiapa yang curious, here's a start. As you can see, lokasi kepala taugeh tu vertically menunjukkan note tu. Aku labelkan note-note tu. In real standard notation, takde label camtu. And aku cuma tunjuk dari open 6th string sampai ke fret 12 first string jek.

And unlike the piano or many other instruments, dalam gitar most notes can be played at many different locations. Contohnya, cuba tengok note D yang pertama dari kiri tu. Note tu adalah note yang sama dengan A string 5th fret.

There are a lot more that I can say about this, but I won't go there, at least for the time being.

 

Transposing Instruments

Kat sini aku bukan nak ajar pasal macam mana nak transpose satu lagu tu. Contohnya kalo penyanyi ko suruh "turunkan key" ke. Itu aku akan cover dalam lesson lain.

But yang aku nak sebut kat sini ialah pasal instruments yang dipanggil "transposing instruments". Let's use the piano as a reference, since piano is a "non-transposing instrument". Katakan pianist main note C, and dia suruh ko main note C jugak. You both will be playing the same note, and if the octaves match, it will sound the same. But kalau dia suruh pemain trumpet, atau saxophone main note C, bunyi dorang lain.

The reason is, Trumpets (except for C Trumpets) and Saxophones (except for C Saxophones) are transposing instruments. Trumpet yang common, contohnya Bb Trumpet, kalau nak bunyi yang sama dengan note C piano, dia kena mian note D. Kalau Eb Alto Saxophone pulak kena main note A untuk dengar macam note C piano.

Actually, gitar pon sebenarnya transposing instrument gak. But gitar sebenarnya transpose satu octave lower than written. Kalau tak paham jangan risau. Unless ko main dalam jazz band, or an orchestra, you probably don't need to know know too much about it. Aku tau benda ni pon sebab dulu aku main trombone untuk school band mase skolah menengah dulu. But kalau curious gak pasal benda ni, gi baca ni.

 

Aku Punye ®